Many Things Have Done!!

Weekend yang lepas yakni 10 - 11 March 2012 kitorang balik kampung, Perak. Maklumla, suami dah start cuti2 sekolah. So masa ni la take the chance nak balik kampung. Hari Jumaat tu trus ke Parit Buntar, kesian suami dari Mersing ke KL terus drive sampai Perak. Dahla asyik hujan sepanjang perjalanan. Jalan plak banyak kete, mengantuk2 dia drive. Tapi takpe suami seorang yg kuat semangat di samping isteri yg tercinta ni.hehehe... ;)

So hari Sabtu tu, hari untuk kitorang shopping2 barang baby. Dah alang2 balik kampung, ajakla mak skali tgk2kan barang baby. Maklumla 1st time, tak tau sgt dgn apa yg nk kena beli. Kebetulan kat Billion ader SALE barang ANAKKU apa lagi masa untuk habiskan voucher yg ayah bagi la (RM600 tu...).Pilih punya pilih penuh satu trolly, tapi biasala brg baby, nampak je kecik2 tapi harganya mengalahkan baju org dewasa. Itu baru apparel je belum masuk nursing, and barang2 storage lagi...Baru separuh list dah RM6++.00...Anak sulung kenala spent lebih skit, sebab sumanya kena beli baru...
Experience: mmg best sgt2 masa pilih2 barang tu, tapi tak banyak tgk brand len memandangkan Anakku ni dah TERBAIK, SALE plak tu. So grab jela...
Fuh memang terbaik!!!~

11032012 - Is Our 1st Anniversary so my husband ni plan nak celebrate kat The Pomelo, The Banjaran Hotsprings Retreat, Lost World Tambun. Dah masuk area tu macam scary je then sampai la ke Guard House, rupanya kena ader reservation dulu baru boleh masuk. Tapi guard tu bagus, dia bg No contact utk kitorang call dulu. So we make a call, then the staff said that we have to make a reservation one day before for them to prepare the food. Kiranya ni restriction area la...Konon2 exclusive la kan, tetiba kitorang nak pi terjah je. Mmg tak dapat la...hihihi.. :P


The Banjaran Hotsprings Retreat, Tambun Ipoh.

The Pomelo Restaurant

So kitorang pun pegila ke plan B, Impiana Hotel, Ipoh. Nasibla Bistro kat dalam tu buka..Yang paling best malam tu just two of us je yg makan kat situ. Mmg privacy betul la suasananya...ni baru betul2 Private Candle Light Dinner namanya. Dah order, dah makan, dah kenyang, dah feeling2, dah wish apa sumer, kitorang pun balik la. So malam tu the plan goes well as planned. Alhamdulillah, the food is good, the environment is nice, the staff is friendly, the price also affordable. Thanx sayang for the great dinner!!!
I LOVE YOU SO MUCH~
XOXO

The Impiana Hotel, Ipoh

Tiramisu...

Chicken chop...

waiting for the food...


The DAY is coming!!!!

~Ehem..ehem..testing suara buat apa bukan nak berucap pun..hihihi...~

FOUR more days is our 1st Wedding Anniversary (11-03-2011 ~ 11-03-2012) Alhamdulillah sepanjang hampir setahun melayari bahtera alam perkahwinan ni, semuanya berjalan dengan lancar walaupun hidup kami tak serupa seperti pasangan yang dah berkahwin yang lain.Tapi Alhamdulillah Allah itu Maha Adil. Tak pernah sekali Dia menurunkan dugaan yang tak mampu ditanggung oleh hambaNya.


Happy 1st Anniversary

Erm tak mampu rasanya nak luahkan apa yg dah dilalui selama setahun ni. Yang baik sentiasa dijadikan kekuatan untuk diri yang buruk pula sentiasa dijadikan sempadan dan juga tauladan supaya dapat meningkatkan kualiti sebagai seorang isteri dan juga seorang bakal ibu kelak. Opss ibu??? Insyaallah mid of July, kami akan dikurniakan seorang cahaya mata yang dinantikan. Ini lah rezeki yang tak ternilai yang Allah beri pada kami sebagai satu tanggungjawab untuk kami pikul dan juga sebagai pengikat kasih sayang antara kami berdua.
Harap semuanya akan berada dalam keadaan selamat.Amiin....;)

Hai tak sabar rasanya nak tgk baby yang bakal lahir ni. Sekarang ni dah masuk 22 minggu usia kandungan...last appointment dh boleh dgr degupan jantung baby..seronok sgt masa tu..."Rugi abg xde masa tu tau..." Baby bun dah start gerak2. Mula2 gerak perlahan tapi lama2 ni dah mula gerak kuat2. Sambil drive pun baby boleh gerak, geli2 rasanya perut ni. Sabar jela...Rugi ayah tak dapat rasa semua tu kan?hihihi..biar ni jadi rahsia kita berdua je tau...;)

Husband planning nak buat scan next week. Teruja jugak nak tgk kedudukan baby dalam perut ni. Maklumla perut ibu kecik je, baby selesa ke tidak dok dalam tu kan...kesian dier kena dok dalam tempat sempit2.Harap anak ibu dengan ayah ni akan membesar dengan sihat..Amiin...

OK back to Our Anniversary Day, actually suami dah belikan pun hadiahnya.sabar jela abang ni, tak sabar2 nak bagi hadiah la tu...jeng3....

Anyway thanx sayang for the great present to me. Katanya taknak bagi kebosanan bila dok kat rumah n masa dalam pantang nanti bolehla online sambil jaga baby. Yela abang kan jauh, so this present boleh jadik peneman katanya sambil searching info2 untuk penjagaan diri n our baby nanti. So meaningful the niat kan...tapi buat masa sekarang ni xde pun nak searching2, donload n main game aderla...adoi...so tak tercapai lagi niat yang sepatutnya ni...Insyaallah, present yang abg bg ni, akan sayang gunakan dengan sebaiknya.....I Love U Sayang...



"Semoga perhubungan kita yang terjalin ni akan sentiasa mekar dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Maafkan sayang kalo selama ni terdapat kekurangan dalam menjaga rumahtangga. Abang adalah suami yang terbaik yang Allah kurniakan untuk sayang, semoga abang juga dapat menjadi seorang ayah yang terbaik untuk anak kita yang bakal lahir nanti...Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hubungan kita ini...Amiin..."

With Lots Of Love From Your Lovely Wife......