The Day Is Just Around The Corner!!

Alhamdulillah...
Hari ni 14/06/2012 dah genap 36 weeks @ 9 bulan usia kandungan ku...Alhamdulillah, Allah dah kurniakan kesihatan yang baik selama ni walaupun kadang2 tu rasa macam tak mampu nak hadapinya. Tapi, dengan kesabaran dan sentiasa meredhai setiap apa yg berlaku, semuanya menjadi mudah...

Erm kadang2 tu bila bersendirian, terfikir jugak betapa kuatnya diriku ni menghadapi segala kesulitan dan kesusahan seorang diri. Tapi kekuatan tu jugak bukan datang dari diri ni seorang, org2 di sekeliling sentiasa membantu dan memberi kekuatan terutamanya suami tercinta, keluarga tersayang dan juga kawan2 di pejabat. Suami tak pernah sekali pun mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri nya ni. Setiap kali mengadu kesusahan dan juga kesulitan kepadanya, suami sentiasa memberikan kata2 semangat.
Terima kasih sayang!!!

Alhamdulillah, dikurniakan seorang suami yang cukup sempurna di dalam kehidupanku ini...

Selama 9 bulan ni, macam2 kenangan manis dan juga pahit yg dilalui..ader yg boleh share dgn husband tapi kebanyakannya share seorang diri jela...hihihi...the real experience mmg sorang diri jela, tapi kalo nak share story mmg sentiasa share dgn husband. kdg2 husband cakap, "Ruginya abang xleh rasa sumer tu dgn sayang." hihihi...but its okay, i will never let you miss the valuable moment for us...everything i will share with you, even its just through the phone.

Tapi tak selalunya sulit dan susah, ader jugak kemanisannya. Walaupun jauh daripada suami dan juga keluarga, Allah sentiasa memberikan kesenangan buat diri ini...Betapa untungnya insan yang bernama Norhayaty ni, kerana sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Sejak 2-3hr ni kaki dah start bengkak2. Cincin kahwin pun dah tak muat nak pakai. Kenala berpisah kejap dengan cincin tersebut...hihihi...Pastu selalu je rasa penat n berpeluh2 di tahap yg melampau. Maklumla the day is just around the corner. Pastu kena drive kete plak everyday to the office, lagila rasa penat tu bertambah2. Tak sabar dah rasanya nak balik rumah mak @ Parit buntar taking 2 months maternity leave. Rasa macam nak balik sekarang jugak...huhuhu...

Tolong doakan keselamatan kami sekeluarga semoga semuanya menjadi kenangan yang terindah buat kami. Doakan kesejahteraan kami dan Insyaallah Allah juga akan sentiasa menjaga kesejahteraan anda semua. Amin Ya Rabbal Alamin...

P/S: lepas ni maybe akan banyak entry pasal baby kami plak...
Mood: teruja sangat!!!
Itupun kalo diberi kesempatan nak update blog ni... :)

0 comments:

Post a Comment