--------11 WeekS--------

Alhamdulillah....hr ni dah genap 11 minggu dah usia kandungan...minggu depan genap
3 bulan...
HAppy, gembira,sedih pun ader sebenarnya...happy dan gembira sebab dah 11 minggu kot mengharungi badai onak liku ni...hehehe

Tapi yang sedihnya lepas je 3 bulan ni, dah kena tinggal sorang2 balik kat bumi Selangor ni...huhuh...
Suami tersayang dah nak start keje balik kat Johor selepas dah 2 bulan bercuti (cuti sekolah)...
nak buat camana kan..terpaksala demi tugas pada negara yang tercinta kan...
hai...sabar jela..nasibla org cakap selalunya trimester pertama ni mmg teruk skit, dia akan beransur2 hilang lepas tu.
mmg teruk jugak rasanya bagi diri ni.maybe kali pertama kot.mana taknya setiap apa yang dimakan semua nya keluar balik.
kadang2 sampai dah tak tau nak makan apa dah.takut kalo2 lepas makan pastu muntah balik...huhuu...
time muntah tu yg tak tahan rasanya...
rasa nak terkeluar semua isi dalam perut ni.air mata, air hidung sumernya nak kuar skali..perit betul rasanya...
haaa camnila rasanya lepas vomit...

Tapi Alhamdulillah suami sentiasa di sisi.Memang dalam 2 bulan ni suami sgt banyak membantu.
mana taknya, dia nak makan, dia yg masak sendiri..
hantar then ambik dari office,basuh baju,lipat kain, kemas rumah, buat susu, semuanya suami yg buatkan.
bukan tak nak buat tapi keadaan badan ni yg tak mengizinkan...
rasa penat sangat setiap kali balik dari office.
dah mandi, makan sume terus je baring sampai tertido kat ruang tamu...

Lepas ni bila suami dah jauh, kenala buat rutin seharian seorang diri.kenala drive pi office sensorang.huhuhu...
mengharungi jam yg teruk setiap hari.
beli makan sendiri,buat susu sendiri,basuh baju,lipat baju,kemas rumah...
boleh ke nak buat semua tu pasni???
harap2 lepas 3 bulan ni, Allah akan bg kekuatan balik pada diri ni untuk melakukan tugas seharian...
kalo sebelum ni jalan jauh skit je dah rasa penat sangat, harap2 lepas ni dah tak macam tu dah.
kalo tak camanala nak buat semua keje tu sorang2...

Camnila hidup berjauhan,semua benda kena berkorban.
bukan nak merungut tapi kena redha dengan keadaan ni.
mungkin rasa susah sikit tapi percayala ader lagi orang lain yg lebih susah dari ni.
cuma kena harus banyak bersabar...harap2 baby dalam perut ni akan sentiasa menyenangkan ibunya...Amin...

0 comments:

Post a Comment