3 bulan already!!!

Alhamdulillah...hari ni 29 Disember 2011 genap dah 12 minggu aka 3 bulan, hasil tumbesaran baby dalam perut ni.
Dan pagi2 dah kejut my lovely husband utk pergi buat checkup.tak jauh pun dgn rumah ke Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam ni. Dalam 10 minit je...
elok je sampai tgk org dah berduyun2.Kita yg baru 1st time ni terhegeh2 la ke kaunter
tak tau dari mana nak mula.huhuh...sabo jela...

Antara step-step yang boleh dikongsikan adalah seperti berikut (ni utk yg 1st time nak buat check up la, tapi kalo kat Klinik ni mmg after 12weeks baru leh buat checkup.selagi tak cukup jgn gatal2 nak datang.heehe...)

1. First skali amik dulu nombor giliran.Nombor ni sgt penting sebab no nila kita akan guna sampai ke penghujung hari.
2. Then bagi segala dokumen kat nurse seperti salinan Ic bakal ibu, salinan Ic bakal ayah, salinan sijil nikah, bil letrik yg terkini.
3. Pastu tunggula sampai nurse tu terjerit2 panggil nama kamu.
4. Bila dh dgr sayup2 nama dipanggil tu cepat2 la pegi kat nurse untuk ambik ukuran berat badan dengan ukuran tinggi. Adala setengah jam kena tunggu.
5. Then tunggu lagi nama dijerit untuk ambik Blood pressure, n ader la skit temubual dgn nurse macam tarikh last period,
salah silah kesihatan keluarga n macam2 lagi yang berkaitan...ni bukan sembang2 kosong tau..
semuanya ader kaitan dgn tumbesaran baby yg dalam perut ni plus kesihatan bakal ibu.
6. Dah settle, nurse akan bg satu tabung utk pengambilan sample darah. Bapak besar tabung tu...huhhuhu...
7. Pastu pegi plak ke makmal n tunggu situ untuk ambik sample air kencing dengan ambik sikit sample darah. Alah kat hujung jari je utk tau Kumpulan darah kot.
8. Dah bagi semua sample tu, then tunggu plak untuk ambik sample darah untuk ujian HIV, penyakit kelamin n sebagainya. Darah yg ni ambik kat pelipat tangan tu.
9. Dah dapat je result utk test Hiv, tunggu plak smpai No giliran dipanggil utk jumpa dengan nurse.
10. Sekali lagi tunggu kat situ sampailah No tu naik then masuk je dalam bilik, soal siasat skit, baring2, nurse akan tekan apa2 je yg patut...then keluar la dari bilik tu.
11. Pastu tunggu lagi No giliran naik untuk jumpa dengan Doktor plak. Bila No dah naik, masuk bilik, sembang2 dengan doktor, baring2 pastu Doktor akan tekan2 ukur2 apa yg patut, pastu Doktor akan bagi next appointment plak.
12. Dah settle bab Doktor, bagi balik buku merah kat kaunter, nurse akan tanya untuk next appointment nak pagi ke petang? After dah jawab, tinggal satu buku kat nurse.
13. Pastu pi kat farmasi untuk ambik ubat plak.
14. Boleh la balik setelah berada selama hampir 4 jam di dalam klinik tersebut.

Begitulah serba sedikit step2 yang boleh dikongsikan untuk entri kali ni..
So next appointment untuk saya adalah pada 29 Januari 2012 jam 9 Pagi...

Mood: Teruja sebab 1st checkup kan tapi penat n letih sebab lama sangat menunggu dalam keadaan yg ramai sgt orang plus lapar....huhuh
Pengajaran: Lepas ni kena bawa bekal air masak dengan roti or biskut sebagai alas perut.
Atau boleh bawa majalah or novel untuk mengisi masa lapang...(lapang ker???)

0 comments:

Post a Comment